3 Jenis Hepatitis Yang Biasa Ditemui

By Island Hospital   |   Jul 29, 2021 12:13:19 PM

Ketahui lebih lanjut tentang jenis virus Hepatitis yang berbeza, punca-punca, gejala biasa viral hepatitis dan rawatan yang ada. Anda juga boleh ketahui tentang Vaksinasi Hepatitis di Penang dan harga untuk vaksin Hepatitis B.

Hepatitis ialah keadaan keradangan hati. Hati ialah anggota penting yang memproses nutrisi, menapis darah dan juga melawan jangkitan. Jika berlaku keradangan atau kerosakan hati, fungsi-fungsi tersebut akan terjejas.

Punca hepatitis biasanya jangkitan viral. Punca-punca lain termasuklah penyakit autoimun dan kesan sekunder pengambilan ubat-ubatan, dadah, toksin, dan alkohol yang berat. Hepatitis autoimun ialah penyakit yang berlaku apabila badan anda menghasilkan antibodi untuk menyerang tisu hati anda.

Terdapat 5 jenis hepatitis viral dan dikategorikan dalam Hepatitis jenis A, B, C, D dan E. Setiap kategori hepatitis ini dijangkiti oleh virus yang berbeza. Walau bagaimanapun, Hepatitis jenis A, B dan C yang biasa ditemui di Malaysia.

Hepatitis A adalah penyakit akut dan berjangka masa pendek, manakala hepatitis B, C dan D selalunya berterusan dan kronik. Hepatitis E biasanya penyakit akut namun sangat berbahaya untuk wanita mengandung.

Tanda-tanda dan gejala biasanya jarang muncul sehinggalah anda dijangkiti virus itu selepas beberapa minggu. Antara gejala yang biasa dialami adalah kelesuan, loya dan muntah secara tiba-tiba, demam biasa, sakit di bahagian abdomen belah atas kanan (bahagian hati), sakit sendi, najis berwarna tanah, air kencing berwarna gelap, hilang selera makan, warna kuning pada kulit dan bahagian putih mata (penyakit kuning) dan kegatalan teruk. Namun begitu, tidak semua orang akan menunjukkan gejala tersebut.

Sebarang gejala hepatitis memerlukan perhatian perubatan segera.

Kebiasaannya, jangkitan hepatitis didiagnosis melalui ujian darah, imbasan ultrasound bahagian abdomen dan biopsi hati jika perlu.

Apakah ia?
Penyakit akut dan berjangka masa pendek disebabkan jangkitan virus hepatitis A (HAV).

Apakah puncanya?
Virus hepatitis A (HAV).

Berapa lama jangkitan ini berlaku?
Gejala biasanya sederhana dan sembuh selepas beberapa minggu, namun jangkitan tersebut boleh menyebabkan penyakit teruk sehingga beberapa bulan.

Bagaimana jangkitan merebak?
Hepatitis A merebak apabila seseorang menelan bahan najis (walaupun dalam jumlah kecil) daripada makanan atau minuman yang tercemar dengan najis (dari peringkat penanaman, penuaian, pemprosesan, kawalan, dan selepas memasak) atau daripada najis orang yang telah dijangkiti.

Siapa yang harus mendapatkan vaksin?
Semua kanak-kanak yang berumur 12-23 bulan dan semua kanak-kanak berumur 2-18 tahun yang tidak pernah menerima vaksin hepatitis A sebelum ini (dikenali sebagai vaksinasi untuk yang tertinggal)

Siapa yang berisiko?
Pelancong dan pengembara, lelaki yang melakukan hubungan sejenis, orang yang menyuntik dadah terlarang, bahaya di tempat kerja (pendedahan), orang gelandangan yang tidak mempunyai tempat untuk membersihkan diri.

Adakah jangkitan ini begitu serius?
Orang yang dijangkiti hepatitis A biasanya sembuh sepenuhnya dan tidak mengalami kerosakan hati. Untuk kes yang jarang berlaku yang biasa terjadi di kalangan warga emas serta yang mempunyai isu kesihatan yang serius seperti penyakit hati kronik, hepatitis A ini boleh menyebabkan kegagalan hati dan juga kematian.

Bagaimana rawatannya?
Saranan yang biasa diberikan adalah untuk mendapatkan rehat secukupnya, mengambil nutrisi yang mencukupi dan minum banyak air. Sesetengah orang yang mengalami gejala teruk memerlukan rawatan segera di hospital.

Apakah ia?
Hepatitis B boleh menjadi akut atau kronik yang disebabkan oleh jangkitan virus Hepatitis B (HBV).

Apakah puncanya?
Virus hepatitis B (HBV).

Berapa lama jangkitan ini berlaku?
Hepatitis B bermula dengan sakit sederhana yang berlaku dari beberapa minggu sehingga beberapa bulan, serta boleh menyebabkan keadaan menjadi semakin serius dan kronik jika seseorang tidak mendapat imunisasi dan boleh berlaku sehingga lebih 6 bulan atau sepanjang hayat dan berpotensi untuk mendapat penyakit serius seperti sirrosis dan kanser hati.

Bagaimana jangkitan merebak?
Hepatitis B merebak melalui pertukaran darah atau cecair badan yang lain – walaupun dalam jumlah yang kecil) daripada orang yang telah dijangkiti dengan hepatitis B terhadap orang yang tidak dijangkiti. Virus hepatitis B juga boleh merebak dari ibu kepada anaknya, hubungan intim, perkongsian alatan (jarum, picagari dsbg.), berkongsi barang peribadi (pisau cukur, berus gigi) dan senang merebak jika jangkitan tidak dikawal dengan baik (tertusuk jarum tanpa sengaja) di pusat rawatan kesihatan.

Siapa yang harus mendapatan vaksin?
Bayi dan kanak-kanak yang berumur bawah 19 tahun yang tidak pernah divaksinkan, orang yang aktif secara seksual dan terdedah dengan ramai pasangan dan pasangan yang dijangkiti hepatitis B.

Siapa yang berisiko?
Lelaki yang melakukan hubugan sejenis, pekerja di pusat kesihatan yang berisiko terdedah dengan darah atau cecair yang tercemar, pesakit hemodialisis dan pra-dialisis, dialisis peritoneal dan pesakit yang mendapatkan dialisis di rumah, pelancong dan pengembara yang pergi ke negara yang dimana hepatitis B adalah perkara biasa, orang yang yang mempunyai hepatitis C, orang yang mempunyai penyakit hati kronik dan orang yang dijangkiti HIV.

Adakah jangkitan ini begitu serius?
Risiko untuk dijangkiti hepatitis B meningkat jika seseorang melakukan hubungan seksual dengan ramai pasangan atau dengan orang yang telah dijangkiti HBV, atau lelaki yang melakukan hubungan sejenis kerana Hepatitis B merebak melalui sentuhan darah, air mani atau cecair badan yang lain oleh orang yang telah dijangkiti. Berkongsi jarum semasa suntikan intravena juga berisiko. Tinggal bersama orang yang mempunyai jangkitan HBV kronik adalah berisiko kerana seorang ibu boleh menjangkiti bayi yang baru lahir. Pekerja di pusat kesihatan juga berisiko terdedah dengan darah atau cecair badan yang tercemar dengan virus, pelancong dan pengembara yang melawat kawasan yang mempunyai kadar jangkitan HBV yang tinggi seperti Asia, Pulau-pulau Pasifik, Afrika dan Eropah Timur.

Bagaimana rawatannya?
Jangkitan akut kebiasaannya tidak memerlukan rawatan perubatan. Sebaliknya, anda perlu mendapatkan rehat yang secukupnya, nutrisi seimbang dan minum banyak air serta diet sihat untuk menguatkan badan anda melawan jangkitan.

Walau bagaimanapun, hepatitis B kronik memerlukan anda mengambil terapi ubat. Kebiasaannya, terapi ubat hanya diambil jika anda mempunyai penyaki hati aktif. Anda perlu mengambil ubat-ubatan ini setiap hari untuk mengurangkan keupayaan virus untuk berganda dalam sistem anda. Cara ini juga mampu mengurangkan bengkak dan kerosakan pada hati. Anda perlu merujuk pihak rawatan sekurang-kurangnya dua kali setahun.

Apakah ia?
Hepatitis C boleh menjadi jangkitan akut atau kronik yang disebabkan oleh jangkitan virus hepatitis C (HCV).

Apakah puncanya?
Virus hepatitis C (HCV).

Berapa lama jangkitan ini berlaku?
Hepatitis C boleh menyebabkan kesakitan sederhana beberapa minggu sehingga jangkitan kronik serius. Kebanyakan orang yang dijangkiti hepatitis C menghidapi hepatitis C kronik.

Bagaimana jangkitan merebak?
Hepatitis C merebak melalui pertukaran darah atau cecair badan – walaupun dalam jumlah kecil, dari orang yang mempunyai hepatitis C kepada orang yang tidak dijangkiti. Virus hepatitis C boleh tersebar dari ibu kepada anak, hubungan intim, perkongsian alatan (jarum, picagari dsbg.), dan juga disebabkan jangkitan tidak dikawal dengan baik (tercucuk jarum tanpa sengaja) di pusat rawatan.

Siapa yang harus mendapatkan vaksin?
Buat masa sekarang vaksin untuk virus hepatitis C tidak tersedia.

Adakah jangkitan ini begitu serius?
Lebih daripada 50% orang yang dijangkiti dengan virus hepatitis C menghidapi jangkitan kronik manakala 5-25% orang menghidapi sirrosis hati selepas 10-20 tahun.

Bagaimana rawatannya?
Buat masa sekarang, tiada rawatan yang disarankan untuk hepatitis C akut. Sebaliknya, orang yang dijangkiti harus mendapatkan rawatan jika jangkitan menjadi semakin kronik kerana beberapa ubat-ubatan boleh didapati untuk merawat hepatitis C kronik. Rawatan biasanya mengambil masa 8-12 minggu untuk terapi melalui mulut (pil) dan merawat lebih 90% orang dengan sedikit kesan daripada rawatan.

Vaksin untuk Hepatitis B tersedia di Island Hospital, Penang.
Harga untuk vaksin Hepatitis B di Island Hospital adalah seperti berikut:

RM30 setiap dos untuk umur 0-19 tahun – 3 dos diperlukan (Jumlah RM 90)

RM60 setiap dos untuk umur 20 tahun dan keatas – 3 dos diperlukan (Jumlah RM 180)

Make an Appointment
Buy Screening Package Now

Dr.Doreen Koay Siew Ching

Specialty
Internal Medicine/Gastroenterology and Hepatology
View Profile Make an Appointment

Dr. Damian Wong Nye Woh

Specialty
Internal Medicine/Gastroenterology and Hepatology
View Profile Make an Appointment

Dato' Dr. Robert Ding Pooi Huat (DSPN, PMP, PKT)

Specialty
Internal Medicine/Gastroenterology and Hepatology
View Profile Make an Appointment

Latest Blogs

Nov 1, 2018 6:11:37 PM

The Importance of Health Screenings

Health screenings are medical tests that check for diseases and health conditions before there are any signs or symptoms. Health screenings make early detection possible, when diseases are generally easier to treat. Getting a proper health screening is one of the best move you can make for your health, wellbeing and peace of mind.

Read More
Jun 10, 2021 2:58:04 PM

Blood Donation – What you need to know

Giving blood can be a life-saving action to the recipients, but it may also have benefits for the donor.

Read More
Dec 14, 2021 10:08:54 AM

健康检查的重要

健康检查是在出现任何症状之前检查疾病和健康状况的医疗检验。健康检查使疾病早期发现成为可能,这个阶段的疾病更容易被治疗。获得全面的健康检查是为你的健康、幸福和安心做出的最佳举措。

Read More